fbpx

EPL: Casemiro selamatkan maruah Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Casemiro (depan) meraikan gol penyamaan Manchester United ketika seri 1-1 dengan Chelsea.

LONDON – Casemiro akhirnya membuka jaringan bersama Manchester United dan gol yang dihasilkannya beri makna cukup besar buat Red Devils untuk mengikat Chelsea 1-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Chelsea terlebih dulu berada di depan menerusi Jorginho dan Man. United hampir terima kekalahan keempat musim ini sebelum Casemiro muncul wira, meledak gol penyamaan pada masa kecederaan babak kedua.

Pengendali Man. United, Erik ten Hag akui tonggak dari Brazil itu makin menunjukkan peningkatan dan menyifatkan jaringan itu mampu beri keyakinan untuk bantu pasukan raih keputusan lebih baik pada aksi seterusnya.

“Dari satu ke satu perlawanan Casemiro makin berkembang hingga mampu menghadirkan gol penyamaan buat kami. Sudah pasti gol penting ini akan beri keyakinan kepadanya dan pasukan.

“Dengan kehadirannya dalam pasukan, anda semua boleh lihat betapa pentingnya sumbangan Casemiro buat pasukan. Prestasinya cukup baik dan mampu menyesuaikan diri dengan intensiti Liga Perdana Inggeris.

“Dengan apa yang dia tunjukkan, saya begitu yakin dia akan bertambah baik pada masa akan datang,” kata Ten Hag.

Keputusan itu masih lagi beri kelebihan buat The Blues untuk mempertahankan tempat keempat dan Ten Hag turut akui Red Devils seakan cukup bertuah untuk membawa pulang satu mata.

“Saya mungkin lebih kecewa jika gagal dapatkan mata kerana kami sebenarnya tidak berhak. Pada akhirnya ia menjadi minggu yang sukar buat kami untuk mendapatkan mata,” tambahnya lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI