fbpx

Ramai tagih ‘comeback’ Waheeda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIENDA menaikkan video bersama Waheeda dan memberikam bayangan seolah-olah ada sesuatu sedang dibikin menjelang tahun 2023.

NAMA Waheeda tiba-tiba menjadi sebutan ramai selepas muncul dalam video TikTok milik Bienda.

Semuanya gara-gara Bienda seperti memberi bayangan akan muncul dengan sebuah karya atau produk bersama pelantun lagu Wassini itu pada tahun depan.

Bagaimanapun, dia tidak berkongsi lanjut sama ada Waheeda kembali menyanyi semula atau hanya terlibat dalam hal belakang tabir.

Perkongsian Bienda mendapat respons daripada netizen yang teruja melihat kelibat Waheeda bersamanya.

“Rindunya melihat kemunculan Waheeda, semoga ada berita baik nanti.

“Tolonglah, sudah lama menunggu kolaborasi Bienda dengan Waheeda. Semoga impian tercapai,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI