fbpx

Jepun larang wanita bujang, lesbian miliki anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN lesbian berinteraksi dengan anak lelaki mereka yang lahir hasil pendermaan sperma di Tokyo pada 6 September lalu. - AFP

TOKYO – Satu undang-undang baharu di Jepun akan berkuat kuasa akhir tahun ini bagi menghalang golongan lesbian dan wanita bujang daripada mempunyai anak menerusi pro­ses pendermaan sperma, lapor laman berita Wion News semalam.

Pasangan lesbian dan wanita bujang bergantung kepada pendermaan sperma untuk memiliki anak sejak sekian lama, namun tiada undang-undang bagi me­ngawal prosedur tersebut.

Undang-undang baharu itu akan mencegah golongan berkenaan daripada menjadi ibu bapa. Agensi berita AFP melaporkan bahawa ia bertujuan untuk mengawal selia prosedur terbabit, melindungi hak kanak-kanak untuk mengenal pasti ibu bapa kandung mereka dan mengehadkan penerima daripada penderma sperma tunggal.

Undang-undang itu hanya membenarkan proses tersebut untuk pasangan suami isteri dengan kebanyakan mereka sukar mendapatkan zuriat kerana pasangan lelaki tidak subur.

Jepun tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis. Wanita bujang yang ingin bersalin dan wa­nita lesbian jelas tidak berpuas hati dengan undang-undang itu kerana merasa hak mereka untuk mendapat anak telah dirampas.

Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Jepun (JSOG) ialah agensi bertanggungjawab mengawal institusi menawarkan pen­dermaan sperma serta inseminasi.

Pasangan yang mempunyai anak melalui proses pendermaan sperma juga khuatir anak mereka akan mendapat stigma kerana dilahirkan dengan cara tersebut. Undang-undang itu boleh mewujudkan persekitaran di mana semua kanak-kanak yang dilahirkan sebelum penggubalannya  mungkin dipandang rendah oleh masyarakat.

Wakil rakyat pemerintah, Kozo Akino berkata, hak kanak-kanak paling mudah dilindungi oleh ibu bapa yang berkahwin secara sah.

“Teknologi bantuan pembiakan tidak seharusnya mengorbankan kesejahteraan kanak-kanak,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI