fbpx

Tukang gunting rambut didakwa bunuh teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Krishnaa Kumar dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang tukang gunting rambut berhadapan hukuman mati di tali gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang mayatnya dijumpai dalam kawasan semak dekat Tambun, minggu lalu.

Tertuduh, M. Krishnaa Kumar, 24, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian M. Shankavi, 23, dalam kawasan semak berhampiran tepi Jalan Besar Tambun dalam daerah Kinta antara pukul 3.11 pagi pada 8 Oktober 2022 hingga 5.25 pagi pada 12 Oktober 2022.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatimah Hannah Abd. Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Jesseca menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan kimia.

Menerusi laporan media pada 12 Oktober lalu, bau busuk di lokasi kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback yang terbabas di kiri jalan membawa kepada penemuan mayat wanita hampir reput di kawasan semak.

Hasil bedah siasat ke atas mayat tanpa identiti itu mendapati punca kematian akibat dicekik.

Ekoran kejadian itu, seorang lelaki ditahan di sebuah rumah di Taman Bersatu, Simpang Pulai pada Khamis minggu lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI