fbpx

Misi The City Boys aibkan ‘Pak Arab’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRFAN mempunyai pengalaman beraksi menentang pasukan Pak Arab menjelang aksi menentang kelab dari Oman, Al-Seeb maalm ini.

TONGGAK pertahanan Kuala Lumpur City, Irfan Zakaria sudah cukup masak dengan pendekatan pasukan dari Asia Barat dan penampilan pada final Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menjadi medan untuk merubah persepsi terhadap bola sepak di Asia Tenggara.

Menerusi pengalaman Irfan bermain di pentas antarabangsa, kebanyakan pasukan ‘Pak Arab’ terlalu memandang rendah keupayaan lawan  dan sentiasa melakukan perang psikologi kepada pemain lawan.

“Saya pernah bermain menentang pasukan negara Arab, kelebihan mereka adalah fizikal dan taktikal. Apa pun, tidak ada beza sangat dengan apa yang kita lawan India, Vietnam dan Uzbekistan, cuma negara Arab sering gunakan permainan fizikal serta melakukan psikologi.

“Mereka jenis degil dan ada sikap riak. Jadi, untuk jatuhkan air muka mereka, kita kena bagi 200 peratus dan cuba bermain corak permainan sama seperti yang kita pernah tunjukkan dalam perlawanan sebelum ini,” katanya.

Pada masa sama, Irfan akui penampilan final Piala AFC menjadi antara detik paling bermakna buatnya dan dianggap sebagai ‘hadiah’ selepas gagal menyertai pasukan ketika cipta sejarah menjulang Piala Malaysia musim lalu kerana putus urat buku lali.

Irfan juga akui pencapaian luar biasa ini tercetus daripada angan-angan, namun kejayaan ini menjadi pengubat kecewa selepas dihimpit detik sukar musim lalu.

“Ketika Piala Malaysia, pemain sekadar borak-borak untuk capai sesuatu target. Mudahnya seperti borak ‘kedai mamak’ tetapi bermula daripada situ rezeki kami datang.

“Macam saya, agak terkilan dan terkejut kerana sebelum ini saya tidak pernah alami kecederaan seterus ini. InsyaAllah ia akan jadi penutup kepada rasa sedih saya selepas terlepas final Piala Malaysia musim lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI