fbpx

Budak didera, cedera di badan dan kemaluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang dipercayai didera oleh bapa angkatnya di Pangsapuri Seri Mutiara.

AMPANG – Seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas polis semalam kerana disyaki mendera anak angkatnya berusia empat tahun di Pangsapuri Seri Mutiara di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima aduan suspek mendera kanak-kanak lelaki itu daripada adik ipar suspek yang berusia 19 tahun.

“Berdasarkan laporan pengadu, pertengkaran mulut berlaku antara pengadu dengan kakaknya apabila pengadu bertindak menegur perbuatan suaminya memarahi anak angkat mereka,

“Pengadu juga mendakwa pernah melihat suspek mendera anak kecil berkenaan,” katanya.

Mohamad Farouk berkata, siasatan polis mendapati mangsa dijaga oleh suspek dan isterinya sejak berusia lima bulan selepas diserahkan oleh seseorang yang mereka tidak kenali secara sukarela.

“Kesan daripada penderaan tersebut, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian badan, kaki dan mempunyai kesan luka di bahagian kemaluan dipercayai didera dengan menggunakan tangan.

“Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang dan pihak polis sedang menunggu laporan perubatan hospital,” jelasnya.

Tambah beliau, suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau, manakala ujian saringan air kencing adalah negatif.

Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan suspek direman selama lima hari bermula hari ini sehingga Selasa depan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI