fbpx

EPL: Alisson handal pertahan kelebihan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALISSON berjaya menyelamatkan sepakan penalti Bowen untuk mempertahankan gol yang dijaring Nunez. – AFP

LIVERPOOL – Alisson Becker terus menyerlahkan namanya selaku antara penjaga gol terbaik dunia apabila memainkan pe­ranan besar untuk memastikan kemenangan 1-0 Liverpool ke atas West Ham United di Anfield awal pagi semalam.

Kejayaannya menyelamatkan sepakan penalti Jarrod Bowen memastikan impak besar buat kali kedua dicetuskan bintang dari Brazil itu selepas mencipta umpanan gol kepada Mohamed Salah untuk meledak gol kemenangan ke atas Manchester City Ahad lalu.

Melengkapkan kebangkitan semula The Reds adalah kejayaan Darwin Nunez untuk meledak gol sulungnya di Anfield sekaligus mengesahkan kemenangan ketiga berturut-turut termasuk membelasah Rangers di saingan Liga Juara-Juara.

“Kami kekal bersatu ketika waktu sukar dan terus bekerja keras. Sekarang hasilnya sudah mula dapat dilihat, tetapi kami tidak boleh terlalu gembira ke­rana perjalanan kami masih lagi panjang.

“Saya tidak boleh jelaskan secara terperinci tentang situasi penalti, tetapi ia menjadi detik terbaik. Dalam bola sepak semua orang akan menilai pemain lain, begitu juga bagi penjaga gol, kami menilai penyerang atau pun mana-mana pemain yang akan ambil sepakan,” katanya.

Kemenangan kedua berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris itu seakan menjadi permulaan semula Liverpool yang kini mula mendaki ke kedudukkan lebih baik, malah Alisson juga begitu gembira dengan prestasi semasa Nunez.

Alisson menjelaskan semua orang dalam pasukan sentiasa ‘ringan tangan’ untuk membantu penyerang Uruguay itu, namun akui sedar Nunez berdepan situa­si sukar untuk menyesuaikan diri.

“Saya tahu bukan senang untuk mana-mana pemain menyesuaikan diri di negara lain. Namun, dia bekerja keras, bukan hanya dalam padang, tetapi juga di luar padang termasuk cuba belajar berbahasa Inggeris.

“Dia cukup berdisiplin dan kami juga sentiasa membantunya. Sebenarnya kami memiliki pasukan yang sentiasa bersatu,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI