fbpx

PRU15: Kerusi Parlimen Jeli, Tanah Merah milik BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Alwi (kiri) membuat hiasan kek semasa melawat gerai pameran di Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar Peringkat Negeri Kelantan 2022 di SMK Kok Lanas, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – UMNO menaruh harapan untuk merampas semula dua kerusi Parlimen iaitu Jeli dan Tanah Merah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang merupakan kerusi tradisi selain kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Sebelum ini, penyandang kerusi Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz merupakan Ahli Parlimen BN yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Md. Alwi Che Ahmad berkata, UMNO setakat ini masih optimis untuk merampas kembali dua kerusi Parlimen itu.

“Kedua-dua tokoh pemimpin itu (Mustapa dan Ikmal Hisham) hanya mempunyai aura ketika bersama dengan BN. Sekarang ini, aura mereka hanya dilihat semasa menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.

“Sekiranya tidak memegang jawatan dalam kerajaan, mereka tiada aura. Mereka berpegang kepada keris taming sari (UMNO) dan tanpa keris itu, tiadalah kedua-duanya (dalam Parlimen Jeli dan Tanah Merah),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar Peringkat Negeri Kelantan 2022 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Md. Alwi berkata, UMNO beranggapan kedua-dua pemimpin yang melompat parti itu tidak kekal dengan perjuangan malah hanya mementingkan jawatan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri sahaja.

Pada PRU14, Mustapa Mohamed yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) memperoleh undi sebanyak 21,665 dengan majoriti 6,647 undian menewaskan calon Pas, Mohamad Hamid dan Pakatan Harapan (PH), Azran Deraman.

Ikmal Hisham dilantik Timbalan Menteri Pertahanan pula menang dengan majoriti 2,929 undi menewaskan calon Pas, Johari Mat dan PH, Mohamad Fauzi Zakaria.

Kedua-dua pemimpin itu bertanding atas tiket BN pada PRU14 sebelum menyertai Bersatu selepas pilihan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI