fbpx

Jangkaan 200 ruang pameran di Resonex

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Resonex menunjukkan tanda bagus ketika mempromosikan sebahagian barangan yang dipamerkan.

PETALING JAYA – Retail Solution Expo (Resonex) yang akan diadakan di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) pada 2 hingga 4 November 2022 menjangkakan jumlah penyertaan lebih 200 ruang pameran daripada lima negara yang menyertai ekspo tersebut .

Resonex melalui satu kenyataan berkata, pihak mereka juga menetapkan sasaran untuk membawa lebih daripada 15,000 pelawat industri ke ekspo pertama kali di adakan di negara ini selama tiga hari itu.

“Bertemakan ‘Membentuk Transformasi Peruncitan’, Resonex ialah platform para usahawan dalam industri peruncitan untuk memperoleh produk, perkhidmatan, platform dan teknologi terkini yang membantu memacu prestasi premis dari aspek jualan, trafik, pengumpulan data, kawalan kos, bekalan bahan mentah dan lain-lain lagi.

“Resonex bukan sekadar sebuah ekspo atau pameran, sebaliknya merupakan sebuah platform untuk para usahawan berkongsi pendapat dan idea baharu yang bantu membentuk masa hadapan industri peruncitan,” jelas kenyataan itu hari ini.

Tambahnya, para usahawan di luar sana dijamin akan meluangkan masa bermanfaat di Resonex kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik antaranya,’Business Matching Lounge’, Persidangan Halal dan Bengkel Usahawan Wanita yang mendorong para usahawan Wanita untuk terus memajukan diri dalam bidang keusahawanan.

Selain itu katanya, satu sesi ceramah khas juga akan berlangsung mengenai ‘Digital Transformation to New Solutions’.

Dalam pada itu, Datuk Seri Garry Chua yang telah dilantik sebagai Penasihat Resonex merupakan seorang yang tidak asing dalam industri peruncitan dan mempunyai pengalaman lebih 30 tahun serta masih menyumbang kepada industri peruncitan melalui persatuan dan badan-badan perniagaan.

“Resonex ditaja oleh dua badan korporat utama iaitu UT Robotics dan Fusionex Group disamping ekspo ini mendapat sokongan daripada badan persatuan dan agensi terkemuka seperti MATRADE dan MyCeb.

“Ikuti semua saluran komunikasi untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan mengikuti perkembangan semasa Resonex serta boleh diikuti di media sosial untuk menyertai webinar yang dibuka untuk semua bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Resonex,” jelas kenyataan itu lagi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI