fbpx

Wanita boleh jadi gemuk jika terdedah kepada pencemaran udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pendedahan berpanjangan terhadap pencemaran udara mampu meningkatkan berat badan wanita pertengahan umur. – Getty Images/iStock

ANN ARBOR, MICHIGAN – Satu kajian mendapati pendedahan jangka panjang kepada pencemaran udara boleh meningkatkan berat badan, khususnya dalam kalangan wanita berusia lewat 40-an dan 50-an, lapor akhbar New York Post semalam.

Menurut laman web EurekAlert, kajian tersebut melibatkan 1,654 wanita kulit putih, hitam, China dan Jepun dengan median usia  50 tahun.

Kajian terhadap mereka dilakukan selama lapan tahun  dari tahun 2000 hingga 2008.

“Wanita-wanita yang terdedah kepada kualiti udara buruk, khususnya kadar zarah halus  lebih tinggi seperti nitrogen dioksida dan ozon, menyaksikan peningkatan dalam saiz badan mereka,” kata pengarang kajian, Xin Wang yang merupakan penyelidik bidang epidemiologi di Universiti Michigan.

Menurut EurekAlert, pendedahan kepada pencemaran udara dikaitkan dengan lemak badan  lebih tinggi  dan jisim tanpa lemak yang lebih rendah dalam kalangan  wanita pertengahan usia.

Tambah laman web tersebut, kajian itu menunjukkan lemak badan meningkat sebanyak 4.5 peratus atau kira-kira 1.17 kilogram dalam persekitaran udara tercemar.

Dalam kajian itu, pasukan penyelidik  mengukur tahap pencemaran udara di sekitar kediaman responden  bagi mencari hubung kait antara dua entiti tersebut.

Bagaimanapun, senaman dan aktiviti fizikal bertindak sebagai penghalang kepada kesan buruk penemuan tersebut, kata EurekAlert.

Sementara itu, Xin Wang berkata, disebabkan kajian itu hanya memberi fokus kepada wanita pertengahan usia, hasil penemuan tidak boleh diguna pakai untuk wanita dan lelaki lebih muda atau lelaki tua. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI