fbpx

Intan Ladyana sudah berhijab?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Intan Ladyana dihujani pujian daripada peminatnya apabila tampil berhijab dalam sekeping gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagram suaminya, Harris Alif, 23, sebentar tadi.

Dalam gambar berkenaan Intan, 40, bersama suami dan anaknya, Eviee Khadeeja yang berusia sembilan bulan dilihat sedang bercuti di atas kapal persiaran mewah.

Antara komen peminat: “Cantiknya Intan Ladyana bertudung.

“Semoga terus istiqomah dan berbahagia selalu.”

Intan bagaimanapun tidak memuat naik atau berkongsi mengenai penghijrahan imej terbaharunya.

Intan dan Harris kini bahagia dengan kehadiran anak sulung pada penghujung Januari lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lepas.

Perkahwinan mereka menjadi perbualan hangat kerana jarak usia yang agak jauh iaitu 17 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI