fbpx

Azmin jangan syok sendiri – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) beramah mesra bersama anggota tamat latihan pada Majlis Penutupan Bagi Latihan dan Kursus 'Serve Rescue' Majlis Sukan Negeri Selangor di Balai Bomba Seksyen 15, Shah Alam, Selangor pada hari ini. FOTO/ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ditegur agar tidak syok sendiri dengan menyatakan prestasi Selangor merosot selepas beliau melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor pada tahun 2018.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, data dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terus menunjukkan peningkatan sebanyak 24.8 peratus berbanding 23.7 peratus pada tahun 2018.

“Jadi apa yang beliau katakan itu tidak benar kerana ada data yang menunjukkan peningkatan dalam KDNK Selangor.

“Saya bersama exco kerajaan telah memperbanyakkan program serta inisiatif bagi rakyat Selangor, tanpa mengira kedudukan pendapatan mereka. Jadi, kita minta individu terbabit (Mohamed Azmin) tidak ‘syok sendiri’ mengatakan bahawa prestasi Selangor kini sedang merosot,” katanya selepas merasmikan majlis penutupan latihan dan kursus Serve Rescue di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, di sini, hari ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Mohamed Azmin menyatakan prestasi negeri Selangor semakin merosot selepas beliau meninggalkan jawatan Menteri Besar negeri itu pada 2018.

Untuk rekod, Amirudin menggantikan Azmin pada tahun 2018 selepas Azmin dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika Pakatan Harapan (PH) memimpin Kerajaan Pusat.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI