fbpx

Pakar sangkal dakwaan mikroplastik ancam nyawa manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakar dari England mendakwa kajian semasa mengenai mikroplastik adalah sangat tidak boleh dipercayai. - Shutterstock

LONDON – Pakar-pakar di Britain mendakwa kajian semasa yang mendedahkan bahawa mikroplastik ditemui dalam organ penting manusia hanyalah untuk menakut-nakutkan masyarakat semata-mata, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut mereka, kebanyakan penyelidikan semasa mengenai kerosakan yang disebabkan oleh mikroplastik, adalah sangat tidak boleh dipercayai. 

“Ramai penyelidik bersalah menggunakan taktik menakut-nakutkan orang ramai,” kata pakar mikroplastik Pusat Oseanografi Negara, Profesor Richard Lampitt.

Mikroplastik adalah kepingan plastik yang lebih kecil daripada lima milimeter. Kebanyakannya berasal daripada plastik sekali guna, seperti botol dan pembungkus makanan, yang merosot secara perlahan.

Kajian menunjukkan bahawa mikroplastik telah ditemui di mana-mana termasuk dalam salji di puncak Gunung Everest tetapi saintis paling mengambil berat tentang mikroplastik dalam makanan, air dan udara di sekeliling kita.

Bagaimanapun, isu mengenai berapa banyak plastik yang berakhir di dalam badan kita masih menjadi bahan perdebatan.

Pada bulan Mei, penyelidik dari Universiti Amsterdam mengkaji 22 sukarelawan dan mendapati bahawa mereka masing-masing mempunyai kira-kira satu persepuluh daripada 1 gram plastik dalam darah mereka.

Namun, saintis lain berpendapat bahawa ia mungkin anggaran yang terlalu tinggi, disebabkan oleh kesilapan dalam kajian.

“Mikroplastik berada di udara di sekeliling kita. Melainkan kajian ini dijalankan dalam persekitaran yang disteril sepenuhnya, kita tidak boleh menolak kemungkinan sampel ini tercemar di makmal.

“Ia masih harus dilihat sama ada zarah plastik cukup kecil untuk memasuki aliran darah atau pergi ke organ kita.

“Jika kita telan plastik walau sekecil mana pun, besar kemungkinan ia akan berakhir di dalam tandas. Saya tidak melihat sebarang bukti bahawa zarah plastik boleh melepasi paru-paru tanpa batuk atau bersin,” kata pakar kesihatan di Imperial College London yang pakar dalam pencemaran, Profesor Frank Kelly.

Bagi dakwaan bahawa mikroplastik mengancam kesuburan, Lampitt meluahkan rasa ragu-ragu mengenainya.

“Saya fikir ramai penyelidik yang menggembar-gemburkan dakwaan ini sedang memperbesarkan penemuan mereka untuk mendapatkan pembiayaan.

“Semakin ramai orang ramai berminat dengan kesimpulan menarik mereka, lebih banyak agensi akan membayar mereka untuk menyiasat,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI