fbpx

Wakil rakyat Turkiye pecah telefon sendiri guna tukul tanda protes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erbay mengetuk telefon pintarnya dengan tukul semasa berucap menentang RUU yang diusul oleh kerajaan. - Twitter

ANKARA – Seorang wakil rakyat Turkiye bertindak memecahkan telefon pintarnya menggunakan tukul semasa berucap pada sidang Parlimen, lapor laman berita Republic World semalam.

Wakil rakyat daripada parti pembangkang, Parti Rakyat Republikan, Burak Erbay memusnahkan telefonnya kerana membantah rang undang-undang (RUU)  yang dicadangkan kerajaan bagi membanteras maklumat palsu di internet.

Pengkritik-pengkritik berkata, RUU itu akan menyekat kebebasan akhbar dan media sosial di Turkiye.

Video Erbay yang dikongsi di laman Twitter, memaparkan beliau memecahkan telefonnya  tanpa teragak-agak.

“Jika RUU ini diluluskan, hilanglah hak kebebasan bersuara yang ada pada rakyat.

“Oleh sebab itu wahai saudaraku semua, musnahkanlah telefon pintar anda kerana selepas ini, kebebasan bersuara anda di laman Instagram, Facebook dan YouTube tidak lagi boleh digunakan seperti sedia ada,” katanya lalu mengetuk telefon pintarnya dengan menggunakan tukul.

Mempertahankan RUU tersebut, Presiden Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa ia perlu bagi memerangi maklumat salah dan berita palsu.

“Peningkatan jumlah berita palsu dan fasisme digital adalah ancaman kepada pentadbiran nasional dan global,” tegasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI