fbpx

PH timbang Wan Azizah sebagai calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ( tiga kanan depan) dan Wan Azizah ( tiga kiri depan) semasa pelancaran iltizam wanita dan jentera PRU15 Wanita PH, hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) akan mempertimbangkan sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding atau sebaliknya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Pengerusi PH, Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim berkata, perkara ini perlu diputuskan oleh Majlis Presiden PH sebelum satu keputusan boleh dibuat.

“Memang ada permintaan daripada ahli Parti Keadilaan Rakyat (PKR) yang mahu Kak Wan (Wan Azizah) bertanding lagi.

“Namun Majlis Presiden perlu membincangkan perkara ini. Saya tidak boleh buat keputusan sendirian,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Iltizam Wanita dan Jentera PRU15 di Dewan Raja Muda Musa, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Wan Azizah kini adalah Ahli Parlimen Pandan selepas berjaya menewaskan empat calon parti lain dengan majoriti undi 52,543 undi.

Dalam perkembangan berlainan, Anwar memaklumkan Majlis Presiden turut akan memutuskan mengenai permohonan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mahu bertanding dalam semua kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semasa menjadi ahli pakatan itu sebelum ini.

“Tidak salah untuk semua parti dalam PH untuk meminta berapa jumlah kerusi yang mereka mahu bertanding dalam PRU15.

“Namun, keputusan berapa kerusi yang akan diperuntukkan oleh setiap parti dalam PH akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI