fbpx

Pahang bubar DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY (tengah) dalam sidang akhbar khas pembubaran DUN Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dibubarkan berkuatkuasa hari ini bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) setelah pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau telah menghadap Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu lalu untuk memohon limpah perkenan baginda bagi pembubaran DUN ke-14.

“Sehubungan itu selaras dengan Fasal (2) Perkara 26 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Pemangku Raja Pahang telah berkenan agar DUN Pahang Ke-14 dibubarkan berkuatkuasa hari ini.

“Pembubaran ini bagi membolehkan PRN dilaksanakan serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) di peringkat Persekutuan,”katanya dalam sidang akhbar khas di Wisma Sri Pahang di sini hari ini

Menurut Wan Rosdy tarikh ini dipilih, bagi membolehkan pembentangan serta perbahasan Bajet 2023 Pahang disempurnakan terlebih dahulu, sekali gus mendapat kelulusan untuk dilaksanakan pada tahun hadapan.

Jelasnya, ia dilakukan demi kepentingan rakyat, kerana sebahagian besar intipati bajet adalah berkisar tentang usaha membantu setiap lapisan rakyat di negeri ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI