fbpx

Gadis autisme diumpan ke taman, parah dipukul rakan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABBIE diumpan ke sebuah taman sebelum dipukul. – Daily Record

EDINBURGH – Seorang gadis autisme di Scotland diumpan ke sebuah taman sebelum dipukul sehingga pengsan oleh seorang remaja ketika 10 remaja lain merakam serangan itu dengan menggunakan telefon pintar mereka, lapor akhbar Daily Star.

Abbie Jarvis, 12, dimasukkan ke hospital selama dua hari selepas diserang di Drumchapel, Glasgow pada 4 Oktober lalu.

Abbie bersetuju untuk bertemu seorang rakan sekolahnya di sebuah taman tetapi diserang oleh seorang gadis lain ketika kumpulan remaja itu merakam kejadian tersebut.

Dia ditumbuk di muka beberapa kali sebelum jatuh ke tanah dan ditendang di kepala, lapor akhbar Daily Record.

Ibu Abbie, Angela, 43, memaklumkan bahawa dia mempunyai ‘perasan buruk’ selepas anaknya tidak membalas mesej.

Angela kemudian menerima panggilan telefon daripada Abbie dan mendengar seorang gadis menjerit namanya sebelum talian terputus.

Dia bergegas keluar untuk mencari Abbie, namun gagal. Setelah pulang ke rumah, dia menemui anaknya dalam keadaan berlumuran darah dan hampir tidak sedarkan diri di belakang kereta ibu bapa lain.

“Dia berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Dia bahkan tidak mampu bercakap. Dia mempunyai benjol di kepala yang sangat besar,” kata Angela. 

Angela membawa Abbie ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan.

Polis Scotland mengesahkan bahawa seorang gadis berusia 13 tahun terlibat dalam serangan itu. Dia dihadapkan ke Mahkamah Syerif Glasgow sebelum dibenarkan ikat jamin dengan syarat tidak mendekati mangsa.

Menurut Angela, anak perempuannya kini trauma dan terlalu takut untuk meninggalkan rumah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI