fbpx

Victor Steeman maut selepas kemalangan di Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STEEMAN mengalami kecederaan parah selepas kemalangan ketika bersaing pada perlumbaan WSBK di Litar Algarve, Portugal pada Sabtu lepas. – AGENSI

LISBON, Portugal – Pelumba World Supersport 300 dari Belanda, Victor Steeman disahkan meninggalkan dunia selepas ter­libat dalam kemalangan ketika berlumba di Portugal hujung minggu lalu.

Pelumba MTM Kawasaki ber­usia 22 tahun tersebut meng­alami kecederaan parah ketika bersaing dalam perlumbaan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Litar Algarve pada Sabtu lepas.

STEEMAN

Perlumbaan tersebut dihenti­kan dan pelumba Belanda itu di­kejarkan terus ke hospital de­ngan dibawa menggunakan heli­kopter ke Faro.

“Pasukan perubatan telah ber­usaha sebaik mungkin termasuk daripada marsyal dan kakita­ngan hospital.

“Namun, dengan rasa berat hati dan sedih untuk disampaikan bahawa Steeman meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya,” menurut kenyataan daripada WSBK.

Steeman memulakan pusi­ngan perlumbaan di Portugal dan dia berpeluang untuk merebut gelaran juara selepas meraih empat kemenangan dengan lima podium musim ini.

Kematian Steeman berlaku kurang seminggu selepas pelumba British Superbikes, Chrissy Rouse, 26, meninggal dunia akibat kecederaan pada kepala selepas dilanggar oleh pelumba lain dalam perlumbaan di Litar Do­nington Park England. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI