fbpx

Tinggal cecair vape bernilai setengah juta tepi Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian cecair vape yang dirampas di dalam sebuah kereta di Pengkalan Haram Paija, Tumpat awal pagi tadi. - Foto IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas cecair vape pelbagai jenama bernilai RM524,000 dipercayai akan diseludup ke negara jiran ditinggalkan di dalam sebuah kereta di Pengkalan Haram Paija, Tumpat awal pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, anggota PGA yang bertugas menjalankan rondaan di kawasan Kuala Jambu, Tumpat kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Menurutnya, semasa menjalankan rondaaan berhampiran Pengkalan Haram Paija, anggota PGA melihat beberapa orang lelaki sedang memunggah kotak dari sebuah kereta jenis Proton Saga ke dalam perahu.

Cecair vape yang ditinggalkan suspek di dalam sebuah kereta.

“Menyedari kehadiran anggota PGA, semua suspek bertindak melarikan diri dengan menaiki perahu ke tebing Sungai Golok di sebelah Thailand.

“Pemeriksaan di dalam kereta itu telah menjumpai sebanyak 1,950 kotak berisi cecair vape pelbagai jenama dan 110 botol perisa vape yang bernilai RM524,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, kesemua barang kes dibawa ke markas taktikal PGA Kuala Jambu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI