fbpx

PRU15: Individu positif Covid-19 bergejala ringan dibenar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham (tiga dari kanan) merasmikan pameran pada sambutan Hari Penglihatan Sedunia di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Individu positif Covid-19 bergejala ringan kategori satu dan dua akan dibenarkan untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mereka bagaimanapun masih perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) kesihatan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.

Beliau berkata, kehadiran individu positif Covid-19 berkenaan juga akan dipantau ketat oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang akan bertugas di pusat-pusat mengundi di seluruh negara.

“Kakitangan KKM juga akan menjadi sebahagian petugas PRU15 nanti bagi memastikan perjalanannya selamat dan lancar.

“Kami telah mengesyorkan beberapa cadangan untuk dimasukkan sebagai SOP pada PRU15 kepada SPR dan ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Penglihatan Sedunia di Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, antara SOP dicadangkan tersebut ialah pemakaian pelitup muka, pelindung muka dan penggunaan cecair pencuci tangan pembasmi kuman.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiada sebarang larangan bagi mana-mana individu yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 untuk mengundi pada PRU15 nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI