fbpx

Metro Taipei beri produk sanitari wanita percuma, tangani ‘kemiskinan haid’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang keluar dari stesen Pengangkutan Aliran Massa (MRT) di Xindian, Bandar Baharu Taipei pada 3 Januari lalu. - AFP

TAIPEI – Laluan kereta api terbesar di Taiwan akan memulakan tempoh percubaan menawarkan produk kebersihan wanita secara percuma, didorong oleh desakan baru-baru ini di beberapa negara Asia untuk menangani krisis ‘kemiskinan haid’.

Mulai 1 November ini, Taipei Rapid Transit Corporation akan menyediakan produk kesihatan haid di 20 stesen kereta api paling sibuk di sepanjang laluan terbesar di  ibu kota Taiwan itu dan Bandar Baharu Taipei.

“Kami akan menilai semula dan menyesuaikan mengikut keputusan percubaan ini dan maklum balasnya,” kata syarikat pengendali kereta api itu dalam satu kenyataan.

Percubaan itu mendapat kebenaran selepas beberapa ahli majlis bandar raya mencadangkan bahawa Taipei perlu mengikuti langkah di seberang laut termasuk Jepun dan Korea Selatan untuk meningkatkan akses percuma kepada produk kebersihan wanita.

Seoul melaksanakan program yang menawarkan tuala wanita secara percuma di sekitar 300 institusi di seluruh ibu kota Korea Selatan itu termasuk perpustakaan, muzium dan pusat kebajikan.

Pentadbiran Tokyo pula mula mengedarkan produk kebersihan wanita pada September lalu dalam beberapa bilik air di ibu pejabatnya di Shinjuku.

Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan Taiwan telah memperkenalkan inisiatif pemberian cuti kerja kepada wanita ketika datang bulan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI