fbpx

Mbappe sudah nekad berhijrah keluar PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN Mbappe dengan PSG dikatakan sudah tegang dan bintang antarabangsa Perancis itu sedia berhijrah keluar dari Kota Paris. – AFP

PARIS – Hubungan Kylian Mbappe dan Paris Saint-Germain (PSG) dikatakan semakin berantakan sehingga menyebabkan dia berusaha untuk meninggalkan pasukan itu pada jendela perpindahan Januari depan.

Beberapa media yang boleh dipercayai turut mengesahkan pemain antarabangsa Perancis itu sudah hilang sabar dengan pengurusan PSG sehingga menyebabkan dia rasa dikhianati kerana perjanjian sebelum ini seolah-olah tidak ditunaikan.

Bagaimanapun, jurulatih PSG, Christophe Galtier berkata, Mbappe tidak berdepan sebarang masalah di kelab selain menafikan penyerangnya itu sudah tidak sebulu dengan rakan sepa­sukan, Neymar.

“Hubungan antara Neymar dan Kylian (Mbappe) sangat baik dan tidak ada sebarang masalah. Saya tidak mahu dedahkan sebarang maklumat terperinci mengenai perkara ini seperti yang anda semua mahukan.

“Mereka berlatih seperti biasa dan mampu bekerjasama. Saya tahu mereka pernah ada masalah dalam padang sebelum ini, namun saya fikir dia (Mbappe) sudah berbincang dengan Neymar mengenai perkara itu,” katanya.

Memandangkan PSG tidak bersedia untuk melepaskan aset berharga mereka itu, Mbappe didakwa akan menghantar surat memohon perpindahan bagi memastikan dia dapat meninggalkan Parc des Princes.

Sekiranya meninggalkan PSG, dia dijangka berhijrah ke saingan La Liga dengan menyertai Real Madrid, namun mereka mungkin perlu mengeluarkan belanja £350 juta (RM1.79 bilion) kerana Mbappe memiliki baki kontrak sehingga 2025. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI