fbpx

Warga emas sayu ditipu beli telefon bimbit palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI itu dirakam mengunjungi sebuah kedai untuk memeriksa telefonnya. - Agensi

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan keadaan seorang warga emas yang masih mampu tersenyum meskipun menjadi mangsa penipuan telefon bimbit palsu, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @berita_gossip.

Berdasarkan video tersebut, lelaki itu mengunjungi sebuah kedai untuk menghidupkan telefon bimbitnya. 

Apabila perakam iaitu pekerja di kedai tersebut memeriksanya, dia mendapati telefon itu sebenarnya merupakan replika yang dijadikan pameran. 

Lelaki itu menjelaskan bahawa seorang warga asing datang ke rumahnya dan menawarkan telefon bimbit itu kepada isterinya. Wanita itu kemudian membelinya dengan harga 1.2 juta rupiah (RM365).

Selepas menjelaskan perkara yang berlaku, warga emas berkenaan kemudian memandang sayu ke arah replika telefon itu. 

“Tak ada rezeki, itu sahaja,” katanya.

Walaupun senyuman terpampang di wajahnya, mata lelaki itu masih memancarkan kesedihan. Dia kemudian meninggalkan kedai itu selepas mengucapkan terima kasih.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Semoga rezeki pak cik dilipat gandakan oleh Allah. Tidak sanggup melihat kejadian ini,” kata seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI