fbpx

Pemandu Honda himpit kereta depan elak bayar tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pemandu kereta jenis Honda cuba mengelak daripada membayar tol.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu kereta tidak bertanggungjawab yang cuba mengelak daripada membayar tol tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi perkongsian video di TikTok pengguna @nhm0312 menunjukkan perbuatan pemandu itu yang tiba-tiba bertindak mengundurkan kenderaannya apabila tiba giliran membayar tol di lokasi yang tidak dinyatakan.

Tidak terhenti di situ, pemandu kereta jenis Honda tersebut dilihat mengubah keretanya ke belakang lantas mengikut rapat kenderaan di hadapan sehingga percubaan melepasi tol tanpa bayar, berjaya.

Tindakan pemandu itu mendapat kecaman netizen yang menyifatkan perbuatan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah juga memalukan.

“Dekat sini kita boleh belajar nak pilih pasangan jangan tengok kerete tapi tengok akaun bank,” komen @uncle sam.

“Memang begitu. Banyaknya naik kereta besar tapi tak nak bayar tol. Setakat bayar seringgit dua pun susah,” ujar R A A pula.

“Saya dah terkena sekali dengan Honda. Jadi kali kedua saya berhenti lepas palang. Kereta tu hon gila-gila, lantaklah,” kata dissedgirl.

Setakat ini video tersebut telah ditonton lebih 35,200 kali dengan 112 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI