fbpx

Najib tidak boleh keluar berkempen PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib Razak.

KAJANG – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara tidak dibenarkan keluar berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhammad berkata, Najib sentiasa tertakluk kepada akta dan peraturan semasa beliau menjalani hukuman penjara.

“Selagi beliau masih menjalani hukuman penjara, beliau tertakluk kepada akta dan peraturan penjara,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 (Akta A1660) di Ibu Pejabat Penjara Malaysia semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian pihak penjara sekiranya ada permohonan daripada penyokong Najib agar penyandang kerusi Parlimen Pekan itu diberi kebenaran khas untuk keluar berkempen pada PRU-15.

Nordin berkata, Najib tidak pernah menerima sebarang layanan istimewa sepanjang menjalani hukuman penjara seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Menurut beliau, Najib sama seperti banduan lain yang tertakluk kepada peraturan dan Akta Penjara selain prosedur operasi standard jabatan itu.

Tegas beliau, pihaknya memberi layanan yang sama kepada semua penghuni penjara dan tiada istilah pilih kasih kepada banduan termasuk Najib.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI