fbpx

PRU-15, Sabyan, Seventeen tunda konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABYAN dan Seventeen sepatutnya turun ke Malaysia sempena penganjuran konsert mereka pada 15 Oktober ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.

PETALING JAYA – Peminat setia kumpulan gambus terkenal Sabyan dan Seventeen terpaksa gigit jari apabila konsert mereka yang dijadualkan berlangsung pada 15 Oktober di ibu negara ditunda.

Konsert Sabyan & Seventeen yang sepatutnya akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur ditunda sehingga November depan.

Menurut penganjur iaitu RR Brothers Studio, faktor masa serta durasi persediaan agak pendek serta Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi menjadi punca penundaan konsert.

“Kami memohon maaf atas kesulitan dan mengucapkan jutaan terima kasih buat para media yang telah membantu menguar-uarkan berita konsert ini.

“Nantikan pengumuman tarikh baharu kelak,” ujar wakil penganjur, Jimmy Edward dalam satu kenyataan.

Terdahulu dalam laporan media semalam, kumpulan Sabyan dan Seventeen dilaporkan akan turun ke Malaysia bagi bertemu peminat pada 15 Oktober ini.

Kolaborasi antara kedua-dua kumpulan itu dianggap istimewa kerana kekuatan karya yang berunsurkan kerohanian dan alunan muzik mendamaikan sesuai dengan pasca sambutan Maulidur Rasul.

Perancangan konsert tersebut nyata mengujakan Sabyan yang akhirnya dapat kembali ke Malaysia selepas pandemik membadai.

Sementara Seventeen pula teruja untuk turun bertemu peminat di sini terutama selepas kumpulan itu hampir kehilangan semua anggotanya sewaktu bencana Tsunami melanda Tanjung Lesung, Banten, Pulau Jawa, Indonesia pada 2018.

Kesempatan turun ke konsert tersebut dilihat Seventeen sebagai peluang baik apatah lagi ini kali pertama mereka hadir dengan anggota baharu.

Menurut penganjur, tarikh baharu Konsert Sabyan & Seventeen akan diumumkan kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI