fbpx

PRU-15: Pas tidak putus asa satukan UMNO dan Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri

KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan penyatuan antara parti itu dengan UMNO dan Bersatu untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) masih berjalan dan belum gagal.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Pas tidak akan berputus asa untuk mencuba menyatukan tiga parti itu bagi mengelakkan pertembungan kerusi dalam PRU-15.

“Kita masih mencuba. Kenyataan terakhir kita pun menuju kepada penyatuan ummah.

“Kita tak boleh berputus asa,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas pusat di Pejabat Agung Pas Pusat, di sini hari ini.

Bagaimanapun, semalam UMNO menyifatkan Pas telah gagal memenuhi tuntutan syarat bagi menjalinkan kerjasama dengan parti itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sekiranya Pas tidak boleh menerima syarat yang ditetapkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, maka dengan sendirinya gugur.

Mengulas berkenaan sama ada tiga negeri diterajui Pas akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ahmad Samsuri berkata, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hasan.

“Saya tak boleh ulas. Setiausaha Agung akan beri kenyataan,” ujarnya ringkas.

Pas sebelum ini mengumumkan tidak akan membubarkan DUN di tiga negeri pentadbirannya iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu sehingga tahun depan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Parlimen penggal ke-14 secara rasmi dibubarkan berkuat kuasa semalam. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI