fbpx

Mikel Arteta kagum prestasi Arsenal semakin memukau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINELLI (tengah) percaya jaringannya seawal minit pertama telah membantu pasukan kekal tenang ketika menewaskan Liverpool 3-2 pada aksi EPL di Stadium Emirates awal pagi semalam. – @ARSENAL

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji prestasi memukau yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya untuk melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Gunners tidak mempunyai masalah untuk mengutip tiga mata penting menerusi jaringan Gabriel Martinelli dan dua gol Bukayo Saka, manakala The Reds meraih gol hasil ledakan Darwin Nunez dan Roberto Firmino.

Kata Arteta, apa yang dilakukan oleh pasukan sejurus wisel ditiupkan adalah sesuatu yang cukup membanggakan kerana bukan mudah untuk mendominasi aksi ketika bertemu pasukan berkualiti seperti Liver­pool.

“Saya sangat berbangga dan gembira dengan apa yang dipamerkan oleh pasukan kerana menunjukkan mentaliti serta semangat juang tinggi meskipun pasukan lawan berusaha bangkit dua kali menyamakan kedudukan.

“Tidak kira secara individu mahupun berpasukan, semua pemain telah memberikan 100 peratus sepanjang 90 minit perlawanan kerana ini sahaja yang perlu dilakukan jika mahu mencuri mata ketika bertemu Liverpool,” katanya.

Sementara itu, Martinelli percaya jaringan seawal minit pertama yang dilakukan agak membantu pasukan untuk kekal tenang dalam usaha menguasai perlawanan ketika skuad The Reds turut memberikan tentangan sengit.

“Secara jujur, saya ingatkan jaringan awal yang kami lakukan ofsaid tetapi ia tidak berlaku dan saya percaya situasi tersebut menaikkan motivasi pasukan. Selain itu, kunci utama kejayaan kami kali ini adalah berlari memberikan tekanan buat pasukan lawan sehingga wisel penamat,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI