fbpx

Konsert pasca Maulidur Rasul Sabyan, Seventeen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONSERT Sabyan & Seventeen akan menyapa gabungan penggemar dua kumpulan popular Indonesia ini pada 15 Oktober 2022 bertempat di Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Vokalis kumpulan Seventeen, Ifan, tidak sabar untuk bertemu dengan peminat Malaysia selepas kehilangan hampir kesemua anggotanya sewaktu bencana tsunami membadai di Tanjung Lesung, Indonesia pada 2018.

Lebih mengujakan buat Ifa, kunjungannya ke Malaysia kali ini disertai bersama kumpulan yang terkenal dengan lagu kerohanian, Sabyan bagi menjayakan sebuar konsert istimewa menjelang 15 Oktober ini di Studio Axiata Arena Bukit Jalil.

Kata Ifan, walaupun karya milik Seventeen bukan berunsurkan kerohanian namun, lagu Kemarin sangat popular dan begitu dekat dengan hati peminat setelah isterinya, Dylan Sahara meninggal dunia dalam bencana tsunami hampir limna tahun lalu.

“Ini pertama kali peminat bertentangan mata dengan anggota baharu dan kami sangat berbesar hati berkolaborasi dengan Sabyan. 

“Walaupun konsert ini bersempena pasca Maulidur Rasul, Seventeen akan tetap memberikan persembahan yang terbaik bersesuaian dengan konsep yang ditetapkan oleh pihak penganjur,” ujar penyanyi lagu Hal Terindah itu.

Dalam pada itu, Nissa selaku vokalis Sabyan juga turut berkongsi rasa syukur di atas peluang yang diberikan untuk kembali ke Malaysia.

“Sabyan sangat berbesar hati dengan tawaran yang diberikan oleh RR Brothers Studio selepas semua aktiviti tergendela ketika pandemik berlaku.

“Kami juga tidak sabar untuk mendendangkan karya-karya kami termasuk lagu terkini berjudul Tiara,” jelasnya.

Gabungan ini disifatkan sebagai perkara yang istimewa kerana kekuatan karya yang berunsurkan kerohanian dan alunan muzik yang sangat mendamaikan.

“Kami di RR Brothers Studio menyifatkan kolaborasi ini sangat istimewa dan eksklusif buat peminat. Tambahan kedua-dua kumpulan ini tidak pernah berada dalam satu pentas untuk menyampaikan karya-karya mereka secara langsung di Malaysia,” jelas Datuk Aliff Zain wakil kepada RR Brothers Studio.

Harga tiket bermula dengan serendah RM98 untuk Zone B (Tingkat 4), RM298 (berdiri) dan RM338 untuk Zone A (Tingkat 3). Tiket berharga RM398 (berdiri), RM498 (VIP berdiri) dan RM799 (Star Zone)  akan disertakan dengan beberapa barangan istimewa dari konsert ini.

Tiket boleh didapati dengan melayari www.myticket.asia atau hubungi talian +603 8605 0195 untuk maklumat lanjut. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI