fbpx

Internet di Tasik Kenyir bakal ‘laju’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Capaian telekomunikasi dan internet di Tasik Kenyir akan dipertingkatkan tahun hadapan. - GAMBAR HIASAN

HULU TERENGGANU – Penduduk dan pengunjung Tasik Kenyir di sini bakal menikmati capaian telekomunikasi serta internet yang lebih tinggi apabila rangkaian itu akan dipertingkatkan pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Ulitili dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr. Mamad Puteh berkata, sekurang-kurangnya dua lagi menara telekomunikasi bakal dipasang di pusat peranginan terkenal itu.

Menurutnya, buat masa ini, Tasik Kenyir yang merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara hanya dilengkapi tiga menara telekomunikasi iaitu di Pulau Camar, Tanjung Betung dan Pulau Bayas.

“Kita akui ia tidak mencukupi memandangkan kawasan Tasik Kenyir luas, menyebabkan capai­an telekomunikasi dan internet di kawasan itu masih lemah.

“Kemudahan telekomunikasi dan internet penting, bukan sahaja untuk keperluan pelancong, malah bagi penyaluran maklumat segera jika berlaku kes kecemasan,” katanya di sini semalam.

Mamad memberitahu, buat permulaan, dua menara tele­komunikasi lagi akan dipasang menjadikan keseluruhannya lima buah di Tasik Kenyir.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang berkata, status tanah Tasik Kenyir yang kebanyakan diwarta sebagai hutan simpan merupakan antara kekangan pembinaan menara telekomunikasi di kawasan berkenaan.

“Selain itu, kita juga berhadapan dengan kekangan kos yang tinggi menyebabkan perluasan capaian telekomunikasi dan internet di Tasik Kenyir memakan sedikit masa.

“Dua menara telekomunikasi di Tasik Kenyir itu merupakan sebahagian daripada 66 buah yang dicadang akan dipasang di seluruh Terengganu tahun depan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI