fbpx

Saintis temui zarah udara tercemar dalam organ penting janin belum lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Partikel udara tercemar mengalir kepada janin menerusi saluran darah ibu. - Logical Indian

EDINBURGH, Scotland – Satu kajian baharu mendedahkan penemuan membimbangkan selepas zarah halus pencemaran udara tercemar kini dikesan di dalam paru-paru, otak dan hati bayi dalam kandungan, lapor laman berita Wion News.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Lancet Planetary Health dan melibatkan ibu hamil tidak merokok dan tinggal di tempat yang mempunyai pencemaran udara rendah di Scotland serta Belgium 

Sebanyak 36 janin telah diperiksa di Scotland sebagai sebahagian daripada kajian tersebut ketika usia kehamilan antara tujuh hingga 20 minggu.

Beribu-ribu partikel karbon hitam ditemui dalam tisu janin berkenaan. Pencemaran itu masuk ketika ibu hamil bernafas dan kemudian mengalir melalui saluran darah kepada janin.

Partikel udara kotor sudah diketahui berpotensi meningkatkan risiko berlakunya keguguran, kelahiran pramatang dan berat lahir yang rendah.

Partikel itu terhasil daripada jelaga akibat pembakaran bahan api fosil dari rumah, kenderaan dan juga kilang.

Ketua kajian dari Universiti Aberdeen di Scotland, Profesor Tim Nawrot berkata, penyelidikannya bukan sahaja membuktikan partikel karbon memasuki plasenta semasa usia kandungan berada dalam trimester pertama dan kedua. Menurutnya, partikel pencemaran itu  juga dapat memasuki organ janin yang sedang berkembang.

“Peraturan kualiti udara perlu sedar tentang perkara ini dan bertindak untuk melindungi proses tumbesaran bayi,” tegasnya.

Nawrot berkata, kerajaan bertanggungjawab mengurangkan pencemaran udara dan orang ramai perlu mengelak daripada melalui jalan raya yang dipenuhi asap kenderaan.

Kajian menyeluruh global telah dijalankan pada tahun 2019 dan mendapati bahawa pencemaran udara akan merosakkan organ dan setiap sel dalam badan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI