fbpx

Penghantar barang selamba masuk rumah pembeli, ambil wang dari ‘lokasi rahsia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang penghantar barang memasuki kawasan rumah pelanggannya yang tiada di rumah. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang penghantar barang yang berurusan secara tunai atau ‘cash on delivery’ (COD) dengan selamba memasuki sebuah rumah yang ketiadaan pemiliknya, lapor laman berita Suara.com semalam. 

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @kepoin_trending.

Lelaki itu merakam dirinya memasuki pekarangan sebuah rumah untuk menghantar barang walaupun pemiliknya tiada di rumah.

Dia berjalan sambil bernyanyi ketika menuju ke satu sudut rumah itu di mana terletaknya sebuah kereta mainan kanak-kanak.

Sebelum mengambil wang dari tempat duduk kereta mainan itu, dia sempat menekan hon mainan pada stereng kereta tersebut.

Selepas mengambil wang yang pada awalnya sudah diletakkan oleh pemilik rumah tersebut, dia kemudian menyerahkan semula baki caj yang dikenakan. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sama seperti penghantar yang biasa saya berurusan. Jika barang itu COD tetapi tiada orang di rumah, dia sudah tahu di mana wang itu diletakkan,” kata seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI