fbpx

‘Pengembara masa’ ramal meteor terhempas di Bumi hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH meteor besar diramal terhempas di Bumi pada 8 Disember 2022. - radianttimetraveler/TikTok

WASHINGTON – Seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai ‘pengembara masa dari tahun 2671’ memberi amaran kepada orang ramai mengenai beberapa ‘peristiwa besar’ yang bakal berlaku di Bumi menerusi beberapa hantaran klip video di media sosial, lapor akhbar The Sun semalam.

Pengguna TikTok, Eno Alric, yang lebih dikenali dengan julukan ‘theradianttimetraveler’ antaranya mendakwa manusia akan menemui planet baharu, Bumi dilanda ombak besar dan dilawati oleh makhluk asing antara November 2022 hingga Mei 2023.

“Perhatian! Ya, saya pengembara masa sebenar dari tahun 2671, ingat tarikh-tarikh ini. 

“30 November 2022: Teleskop James Webb menemui planet yang amat menyerupai Bumi. 

“8 Disember 2022: Meteor besar terhempas di Bumi yang mengandungi jenis logam dan spesies asing baharu,” kata Alric.

Tambahnya, pada 6 Februari 2023, sekumpulan empat remaja akan menemui tinggalan purba dan peranti yang membuka lubang laluan ke galaksi lain.

“23 Mac 2023: Sekumpulan saintis yang meneroka Jurang Mariana menemui spesies purba,” demikian menurut dakwaannya.

Rata-rata netizen bagaimanapun menunjukkan reaksi tidak percaya mengenai dakwaan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI