fbpx

Kelayakan Piala Asia: Skuad B-17 negara ‘hambat’ UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad B-17 negara berjaya mengutip tujuh mata selepas mengharungi tiga perlawanan Kumpulan B kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Indonesia ketika ini.

PETALING JAYA – Skuad bawah 17 (B-17) negara menghidupkan peluang untuk merebut slot automatik ke pentas Piala Asia B-17 2023 selepas menang 3-2 ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi kelayakan Kumpulan B di Indonesia sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Pakansari, Bogor itu, skuad kendalian meraih gol pembukaan pada masa kecederaan babak pertama menerusi ledakan Muhammad Arami Wafiy Mohamad Zakimi.

Bersambung pada separuh masa kedua, Muhammad Anjasmirza Saharudin menggandakan kelebihan buat pasukan pada minit ke-51 tetapi UAE bangkit dengan dua jaringan yang dihasilkan Saeed Amer Mohammad pada minit ke-76 dan Abdulaziz Mohamed Almarzooqi (m-84).

Ketika perlawanan seperti berakhir dengan keputusan seri, Muhamad Faris Danish Mohd Asrul muncul wira negara dengan jaringan pada minit ke-93 untuk mengesahkan tiga mata berharga buat pasukan.

Skuad muda Harimau Malaya perlu menang pada aksi terakhir menentang Indonesia Ahad ini untuk melayakkan diri secara automatik ke pusingan akhir pada Mei tahun hadapan.

10 pasukan yang menamatkan saingan selaku juara kumpulan dengan lima naib juara kumpulan terbaik bakal layak beraksi di pusingan akhir Piala Asia B-17 2023 tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI