fbpx
Masjid adalah tempat bagi umat Islam mengerjakan solat dan ibadah lain. – Gambar Hiasan

Haram urusan bisnes ganggu ibadah dalam masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Apa hukum berjual beli dalam masjid?

Jawapan:
Masjid adalah bangunan yang diwakafkan atau dikhaskan secara kekal untuk masyarakat Islam mendirikan solat jemaah lima waktu dan lain-lain ibadah.
Mana-mana bangunan yang dibina sekalipun berdekatan atau bersambung dengan masjid atau di dalam kawasan pagar masjid, tetapi tidak dikhaskan atau diwakafkan untuk tujuan berjemaah lima waktu dan ibadah, tidak dikira sebagai masjid.

Hukum berjual beli dalam masjid adalah seperti berikut:
1. Sengaja menjadikan atau menggunakan masjid sebagai tempat jual beli sekalipun dalam kuantiti sedikit adalah diharamkan berdasarkan ittifaq (kesepakatan) ulama.
2. Transaksi perniagaan atau kempen jualan di dalam masjid yang berlaku tanpa berniat menjadikan masjid sebagai tempat perniagaan, maka para ulama berbeza pandangan mengenainya.

Kesimpulannya adalah seperti berikut:
a) Jika mengganggu suasana ibadah di dalam masjid, sama ada dengan suara yang hiruk-pikuk atau keadaan barangan yang dibawa adalah haram.
b) Jika berlaku secara kebetulan tanpa bermaksud menjadikan masjid sebagai tempat berjual beli dan tidak mengganggu suasana ibadah, ia adalah makruh.
c) Jika berlaku transaksi dalam talian tanpa menzahirkan apa-apa suasana jual-beli di dalam masjid, hukumnya adalah makruh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN