fbpx

Dua lelaki Russia larikan diri ke Alaska, elak berperang di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA lelaki itu berlayar sejauh 492 km dari Egvekinot ke pulau St. Lawrence. - LightRocket /Getty Images

JUNEAU, Alaska – Dua lelaki warga Russia berlayar ke negeri Alaska, Amerika Syarikat (AS) dengan menaiki sebuah bot kecil untuk melarikan diri daripada kerahan tentera di negara itu, lapor akhbar New York Post semalam.

Mereka kini memohon suaka di AS selepas ditahan oleh pegawai persekutuan, kata pihak berkuasa.

Dua lelaki itu melakukan perjalanan sejauh 482 kilometer (km) dari Egvekinot, Russia ke Pulau St. Lawrence di Alaska untuk mengelak daripada menyertai perang menentang Ukraine, demikian kenyataan pejabat Senator Alaska, Lisa Murkowski. 

“Mereka melarikan diri dari salah satu kawasan pantai di Russia untuk mengelak menjalani perkhidmatan ketenteraan wajib,” kata jurucakap Murkowski, Karina Borger.

Lelaki itu kemudian berlayar melintasi Laut Bering dan tiba di bandar kecil Gambell pada Selasa lalu, demikian menurut saluran berita Alaska NewsSource.

Mereka kemudian segera ditahan oleh pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan di bandar Anchorage.

Agensi persekutuan itu kini bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri untuk menentukan sama ada dua lelaki itu akan dibenarkan masuk ke AS di tengah-tengah ketegangan dengan Russia, kata Senator Dan Sullivan dalam satu kenyataan.

Kejadian itu berlaku dua minggu selepas White House menggalakkan mana-mana lelaki Russia yang melarikan diri daripada berperang untuk mendapatkan suaka di AS. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI