fbpx

Bajet 2023: Pertubuhan Peladang Kebangsaan yakin nasib warganya terbela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yakin subsidi dan insentif kepada warga peladang seperti mana yang diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini dapat membantu para petani, pesawah dan nelayan mendepani cabaran ekonomi tahun hadapan.

Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob berkata, bajet yang diumumkan itu merupakan harapan pihaknya kepada kerajaan untuk membantu warga peladang.

“Semasa Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS yang lalu, NAFAS telah menyuarakan hasrat kepada kerajaan melalui Perdana Menteri supaya mewujudkan semula bantuan bulanan sebanyak RM200 sebulan kepada pesawah dalam tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

“Justeru apa yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 itu sekaligus merealisasikan permintaan kami dan memahami keperluan pesawah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, NAFAS selaku badan yang mempunyai hampir 1 juta ahli menyambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan yang akan disalurkan kepada Keluarga Peladang.

Terdahulu, kerajaan akan memperkenalkan semula bantuan RM200 kepada pesawah untuk tempoh tiga bulan atau satu musim dengan peruntukan RM228 juta yang akan memanfaatkan 240,000 individu sasaran.

Dalam pada itu, Skim Perlindungan Pertanian juga akan diperkenalkan untuk melindungi pengusaha pertanian daripada sebarang risiko luar kawalan seperti cuaca, penyakit dan makhluk perosak, bermula dengan pesawah.

Kerajaan juga akan memperuntukkan RM1.8 bilion kepada nelayan, peningkatan sebanyak RM100 juta berbanding tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI