fbpx

Tiada agenda tergempar dalam mesyuarat UMNO malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan ketika ditemui di Menara Daton Onn, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa tiada agenda tergempar yang dibincangkan pada mesyuarat UMNO malam ini.

Beliau berkata, pertemuan tersebut bukanlah mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO khas seperti yang diuar-uarkan, sebaliknya merupakan perbincangan biasa yang dilakukan bagi membincangkan perkara berkaitan parti.

“Saya ingin memaklumkan bahawa tiada mesyuarat MT UMNO khas malam ini.

“Hanya perbincangan yang kita (lakukan) seperti biasa. Malam ini tiada apa yang luar biasa, biasa-biasa sahaja,” katanya ketika ditemui di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Maslan mengakui bahawa manifesto parti adalah antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat tersebut.

“Tentang manifesto, ia tentulah perlu dibincangkan tidak kira Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat atau sebulan dua lagi,” ujarnya.

Mengulas berkaitan pembubaran Parlimen, Ahmad Maslan berkata, perkara berkenaan tertakhluk kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kita serahkan kepada kebijakasanaan Seri Paduka Baginda,” jelasnya.

Sementara itu, menjawab mengenai kehadiran bekas ahli jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali, beliau memberitahu bahawa ia adalah kunjungan biasa.

“Pelbagai pihak datang berjumpa dengan kita. Sesiapa pun boleh berkunjung termasuk duta-duta dan ini adalah persediaan biasa,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI