fbpx

Skuad hoki lelaki Pahang intai gelaran Piala Tun Abdul Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD hoki lelaki Pahang mahu momentum pada Sukma 2022 diteruskan pada saingan Piala Tun Abdul Razak 2022 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil bermula hari ini.

SKUAD hoki lelaki Pahang bersedia menebus kekecewaan dengan menjuarai saingan Piala Tun Abdul Razak 2022 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil bermula hari ini hingga 16 Oktober nanti.

Musim lalu, pasukan lelaki Pahang kempunan apabila tumbang 1-2 di tangan Perak pada final musim lalu, manakala skuad wanita Pahang juga mengalami nasib sama apabila tewas 0-1 kepada Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, keyakinan Pahang kembali memuncak berdasarkan kejayaan negeri itu menamatkan penantian 26 tahun untuk menggondol pingat emas hoki lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Jurulatih skuad lelaki Pahang, Mohd. Sufian Mohamad mengharapkan barisan pemainnya dapat meneruskan momentum hebat dipamerkan sewaktu Sukma 2022 pada edisi ke-60 ini.

“Kita dapat semangat juara Sukma dan akan cuba yang terbaik untuk Piala Tun Abdul Razak kali ini.

“Tahun lepas, kita finalis sahaja, tak berjaya di final. Jadi kita harap tahun ini akan membawa tuah kepada kita,” katanya.

Menariknya, skuad wanita Pahang yang dikendalikan Mohamad Sabri Mohamad juga menempa kejayaan sama se­perti pasukan lelaki apabila ­mengakhir kemarau 14 tahun bergelar juara Sukma baru-baru ini.

Kali terakhir pasukan lelaki Pahang muncul juara Sukma sewaktu edisi 1996, manakala skuad wanita negeri itu meraih pingat emas temasya itu sejak mula memenanginya pada 2008.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI