fbpx

Pengarah direman kes tuntutan palsu RM2.4 juta projek kabel dasar laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah projek syarikat diiringi pegawai SPRM bagi permohonan reman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah menahan seorang pengarah projek syarikat kerana disyaki terlibat membuat tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM2.4 juta berhubung pembayaran projek kabel dasar laut di utara tanah air.

Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur di sini.

Berikutan itu, suspek direman lima hari hingga 11 Oktober selepas perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Noorlynna Hanim Abd. Halim yang meluluskan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret 4, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, sumber memaklumkan, syarikat yang mengendalikan projek tersebut telah membuat lebihan bayaran kira-kira RM2.4 juta kepada syarikat kontraktor apabila pihak kontraktor mengemukakan invois tuntutan berdasarkan dokumen yang mengandungi butiran palsu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manaf ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan siasatan lanjut sedang dilakukan pihaknya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI