fbpx
Lelaki tersebut ditampar teman wanitanya di hadapan ribuan penonton kerana berang menerima cincin lolipop. – TikTok

Lamar kekasih guna cincin lolipop, lelaki ditampar secara ‘live’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Seorang lelaki ditampar dan disimbah air oleh teman wanitanya di hadapan ribuan penonton selepas ‘melamar’ gadis tersebut menggunakan cincin lolipop, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Kejadian yang berlaku di sebuah stadium ketika perlawanan besbol antara pasukan Toronto Blue Jays dan Boston Red Sox itu tular selepas video pasangan berkenaan dimuat naik di media sosial.

Berdasarkan video tersebut, lelaki berkenaan dilihat menghentikan teman wanitanya yang ketika itu sedang berjalan ke arah tempat duduk.

Selepas memeluk erat wanita tersebut sambil menyebut perkataan: “Saya cintakan kamu”, lelaki berkenaan melutut di hadapannya.

Wanita tersebut dilihat menutup mulutnya dengan wajah teruja sambil disaksikan oleh beribu-ribu penonton yang mula merakam momen bahagia proses lamaran itu termasuk media rasmi yang turut memancarkan video mereka pada skrin utama.

Lelaki tersebut kemudian dilihat mengeluarkan sebuah  kotak berwarna hitam daripada  poket seluarnya sambil dinantikan wanita berkenaan dengan penuh debaran.

Bagaimanapun, harapan untuk menerima sebentuk cincin pertunangan yang mahal dan cantik akhirnya musnah apabila lelaki tersebut mengeluarkan cincin lolipop dari kotak sama.

Berang dengan isi kotak tersebut, wanita berkenaan menampar teman lelakinya sambil memarahinya dan menyimbah air minuman ke atas lelaki itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada lamaran tersebut hanyalah satu gurauan atau asli, namun netizen mempunyai pendapat yang berbeza.

“Lelaki itu melakukan tindakan yang menjengkelkan. Jika dia tidak boleh bersikap serius terhadap sesuatu  perkara yang penting, bayangkan bagaimana dia akan berterusan menjadi seseorang yang tidak acuh,” kata seorang pengguna.

“Itu sudah membayangkan bagaimana kehidupan lelaki itu nanti jika dia mengahwini teman wanitanya. Lupakan dia,” kata seorang netizen yang membantah tindakan gadis itu. – Agensi 

POPULAR