fbpx

Wanita hanya alami sesak nafas, kediaman terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa selepas berjaya diselamatkan anggota bomba.

PETALING JAYA – Seorang wanita hanya mengalami sesak nafas apabila kediamannya di tingkat enam Kondominium Riana Green di sini terbakar dalam satu kejadian petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 6.56 petang sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba Penyelamat Damansara bergegas ke lokasi kejadian.

Jelas beliau, setibanya di lokasi kira-kira 18 minit kemudian, pihaknya mendapati sebuah kediaman di tingkat enam sedang terbakar.

“Anggota segera membuat kerja pemadaman dan api berjaya dikawal kira-kira pukul 7.37 petang.

“Kebakaran tersebut memusnahkan hampir 50 peratus kediaman itu dan mangsa seorang wanita berusia lingkungan 30-an berjaya diselamatkan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norazam berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI