fbpx

Tiga individu, syarikat didenda hampir RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga individu dan sebuah syarikat didenda RM791,775 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan memiliki ribuan kasut dan selipar pelbagai jenama yang menggunakan cap dagangan palsu, tiga tahun lalu. FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Tiga individu dan sebuah syarikat didenda RM791,775 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan memiliki ribuan kasut dan selipar pelbagai jenama yang menggunakan cap dagangan palsu tiga tahun lalu.

Hakim Norashima Khalid memutuskan demikian terhadap Yap Yin Keat, 50; Yap Kian Seng, 60; Sun Haixia, 40, dan Syarikat Enghenda Sdn. Bhd. setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam keputusannya, Norashima mendenda pengurus syarikat, Yin Keat, dan dua pengarah, Kian Seng dan Sun Haixia masing-masing RM175,950 manakala syarikat itu pula didenda RM263,925.

Mahkamah turut memerintahkan setiap individu yang didakwa sebagai orang kena saman (OKS) dipenjara 24 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pembayaran denda sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM10,000 kepada RM50,000 bagi setiap OKS.

Mengikut pertuduhan, kesemua OKS didakwa telah menggunakan jenama Puma, Nike, Gucci dan Levi’s yang palsu bagi 17,595 unit kasut dan selipar.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis nombor 5 dan 7, Hala Perusahaan Kledang Utara 2, Kawasan Perindustrian Menglembu, Kinta pada pukul 11.30 pagi, 18 Disember 2019.

Pertuduhan terhadap ketiga-tiga individu itu dikemukakan mengikut Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(2)(B) akta sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI