fbpx

Pelajar kolej maut bertembung trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam nafas.

REMBAU – Seorang pelajar kolej maut selepas terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di kilometer 16, Jalan Seremban-Tampin, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu, mangsa, Arref Muzakir Mohamad Shawal, 21, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, kemalangan berkenaan membabitkan kenderaan jenis Perodua Axia yang dipandu mangsa dari arah Tampin dan kenderaan jenis Nissan Frontier yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa yang merupakan pelajar praktikal dalam perjalanan dari rumahnya di Segamat ke kolejnya di Klang.

“Setiba di tempat kejadian berbentuk selekoh, kenderaan mangsa telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan Nissan Frontier,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazri berkata, akibat dari kemalangan tersebut, mangsa telah meninggal dunia kerana mengalami kecederaan pada bahagian kepala,bahagian dada dan patah kaki kiri.

Manakala menurutnya, pemandu sebuah lagi kenderaan dikejarkan ke hospital susulan mengalami kecederaan pada kepala.

“Mayat mangsa telah di hantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat esok,” katanya dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI