fbpx

KMI Kuantan terima akreditasi MSQH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rayney Azmi (dua dari kiri) menyaksikan penyerahan sijil akreditasi MSQH kepada Muhammad Ghazali Zainal (dua dari kanan) daripada Abdul Rahim (tiga dari kiri) di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU –  Pusat Perubatan KMI Kuantan, Pahang milik Kumpulan TDM Berhad telah menerima akreditasi penuh daripada Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia  (MSQH).

Ketua Pegawai Eksekutif KMI Healthcare,  Dr. Rayney Azmi Ali berkata, akreditasi untuk  kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan itu merupakan yang pertama diterima oleh pusat perubatan milik TDM yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu.

“Pentauliahan akreditasi oleh MSQH tersebut merupakan perakuan terhadap kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan ditawarkan KMI Kuantan telah memenuhi piawaian ditetapkan.

“Ia merupakan penanda aras perkhidmatan KMI Kuantan adalah setanding dengan pusat perubatan  terkemuka lain di negara ini,” katanya di sini.

Terdahulu Rayney menyaksikan menyampaikan sijil akreditasi berkenaan yang diterima Pengurus Besar KMI Kuantan, Muhammad Ghazali Zainal Yusof daripada Ketua Pegawai Eksekutif MSQH, Prof. Datuk Dr. Abdul Rahim Abdullah.

Selain itu, Rayney Azmi berkata, penerimaan akreditasi dicapai KMI Kuantan berkenaan akan menjadi inspirasi buat empat pusat perubatan lain yang turut dimiliki KMI Healthcare.

Tambah beliau, ia selaras dengan visi syarikat untuk menjadi penyedia penjagaan kesihatan pilihan dipercayai di negara ini.

Empat pusat perubatan lain milik KMI Healthcare adalah KMI Kuala Terengganu, KMI Kelana Jaya, KMI Taman Desa dan KMI Tawau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI