fbpx

Apakah Najib masih dapat elaun Ahli Parlimen? – Rayer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RSN Rayer.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membangkitkan persoalan kepada Dewan Rakyat apakah Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak masih menerima elaun sebagai wakil rakyat.

Beliau turut membangkitkan tentang maklumat tular taraf Najib sebagai wakil rakyat dikekalkan merupakan rancangan untuk mengekalkan Najib sebagai Ahli Parlimen.

“Dengan harapan Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-1u), beliau (Najib) akan dapat pengampunan dan dibenarkan kembali ke dewan ini (Dewan Rakyat),” katanya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon bagaimanapun menjelaskan beliau tidak boleh mengesahkan perkara itu kerana tiada dalam pengetahuannya.

Justeru, beliau meminta Rayer menulis kepada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Rakyat akan memberi jawapan sewajarnya.

“Saya tidak bolah sahkan apa-apa kerana tiada dalam pengetahuan saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI