fbpx
Ahmad Zahid pada sidang akhbar selepas Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO dan Perdana Menteri di WTCKL, Kuala Lumpur. FOTO/ AMIR KHALID

PRU-15: Perbincangan calon UMNO dimulakan Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – UMNO akan memulakan perbincangan dan rundingan berhubung calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada Isnin depan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO dan Perdana Menteri di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Minggu depan kita akan mula berbincang dan membuat rundingan iaitu Isnin depan,” katanya pada sidang akhbar selepas perjumpaan khas tersebut, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemilihan calon-calon bagi PRU-15 mesti mengikut kriteria sekali gus tiada calon yang mengikut kluster-kluster tertentu.

“Untuk pemilihan calon pada kali ini, pengerusi-pengerusi perhubungan negeri akan mengemukakan nama-nama calon berkenaan kepada ‘Top 5’ (lima pemimpin tertingi) UMNO bagi penentuan calon yang memenuhi kriteria.

“Tiada calon mengikut kluster tertentu dan yang penting, calon UMNO yang memulakan panji-panji Barisan Nasional (BN),” jelasnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri majlis perjumpaan khas itu yang diadakan secara tertutup. – KOSMO! ONLINE

POPULAR