fbpx

Program bank makanan perlu kerjasama semua – KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZMAN Mohd. Yusof ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Pusat Pengagihan dan Pengumpulan Food Bank Malaysia di Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengalu-alukan pelbagai bentuk kerjasama dengan para pemain industri dan komuniti masyarakat untuk Program Bank Makanan Malaysia (PFBM).

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd. Yusof berkata, tanggungjawab untuk menghulurkan bantuan dan membantu masyarakat tidak terletak pada bahu kerajaan semata-mata.

Jelas beliau, kementerian sentiasa meneroka potensi yang ada kerana tidak semua kerjasama adalah dalam bentuk peruntukan kewangan.

“Kita kena lihat perkongsian strategik dengan pihak industri seperti peruncitan dan pengedaran, perhotelan serta katering untuk terlibat sama meningkatkan bank makanan.

“Dulu ada pusat khidmat dewan undangan negeri (DUN) yang digunakan sebagai tempat untuk menyampaikan barang-barang sumbangan ramai kepada yang memerlukan, ini adalah budaya sihat dan wajar ketengahkan,” katanya pada sidang akhbar Perasmian Pusat Pengagihan dan Pengumpulan Bank Makanan Malaysia di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Sementara itu, mengenai perluasan kerjasama dengan Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di negeri-negeri lain, Azman berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah jika agensi itu berhasrat memberi bantuan bank makanan di luar Melaka.

Katanya, apa yang penting bantuan yang diberikan harus teratur dan sistematik, selain kerjasama dilakukan melalui sinergi yang sama.

“Ini bagi mengelakkan kekeliruan kerana lain orang lain caranya, kita bimbang berlaku ketidakcekapan dalam pemberian sumbangan kerana tidak melaksanakannya secara sistematik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI