fbpx

Pertembungan ‘hangat’ di Stadium Darul Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Sang Kenari sedia membuat perhitungan dengan skuad juara Liga Super, aksi sulung musim ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini. – KDA FC

PEMAIN Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak ada lagi sebarang pilihan kecuali perlu mempamerkan kebangkitan dengan meraih keputusan positif pada aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman malam ini.

Walaupun aksi ini mungkin dianggap tidak tepat pada masa­nya kerana KDA FC baharu saja dipalit kekalahan 1-0 kepada Pe­taling Jaya City Sabtu lalu, pe­ngendalinya, Aidil Sharin Sahak menuntut reaksi segera mampu dipamerkan anak buahnya.

“Kita tahu JDT bukan saja yang terbaik pada Liga Super tetapi juga Asia. Apa pun, kami perlu kekal yakin dan teruskan bekerja bagi menghadapi perlawanan ini.

“Kami mahu bermain bola sepak dengan semangat juang yang tinggi. Saya harap pemain bangkit daripada kekalahan ke­rana kami tidak ada pilihan lain kecuali perlu melakukan persiapan dan cuba berikan 100 peratus,” katanya.

Ini adalah perhitungan sulung kedua-dua pasukan musim ini dengan Harimau Selatan yang baharu saja mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke­sembilan mahu memburu penamat gemilang, mengumpul mata maksimum daripada baki empat perlawanan.

Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar pula berkata, beliau menaruh harapan untuk menyaksikan skuad Hijau ­Kuning mampu meraih keputusan po­sitif pada perhitungan sulung musim ini.

“Kita ingin melihat kualiti persembahan daripada kedua-dua pasukan yang belum lagi bertemu sepanjang musim 2022. Saya dan KDA FC ingin menjemput para penyokong Sang Kenari untuk datang beramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan kita dan juga menyaksikan aksi perlawanan bola sepak yang bermutu tinggi.

“Semoga setiap pemain dalam pasukan Sang Kenari sudah membuat komitmen yang tinggi memperbetulkan kesalahan dan ingin membuat ‘come back’ yang jelas visualnya dan tinggi frekuen­sinya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI