fbpx
Lori yang cuba diberhentikan warga emas terbabit dalam kejadian di Damansara Perdana, di sini semalam.

Pemandu maut dirempuh lori sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 65 tahun menemui ajal selepas dirempuh lori miliknya sendiri dalam kejadian di Damansara Perdana di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin berkata, dalam kejadian pada pukul 12.37 tengah hari itu, mangsa yang juga pemandu lori tersebut turun sebelum melihat kenderaan berat itu bergerak menuruni bukit.

“Mangsa mencuba masuk ke dalam lori untuk memberhentikan kenderaan itu, tetapi gagal malah dia dilanggar dan mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dekat sini.

Sehubungan itu, polis mengesan mana-mana saksi kejadian tersebut dan diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Rina Murniza Ibrahim di talian 013-9738580 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR